
Nintama Rantarou
Film anime Nintama Rantarou merupakan adaptasi dari manga komedi ninja Rakudai Ninja Rantarou karya Soubee Amako yang bercerita tentang Rantarou dan ninja magang lainnya di sebuah akademi ninjutsu yang elit. Ceritanya berlatar tempat di Jepang selama masa Sengoku Jidai yang menggemparkan. Sebagai anak kelas 1, Rantarou dan teman – temannya sedang dalam pelatihan ninja yang disebut “Nintama”, gabungan dari kata “Ninja” dan “Tamago” (telur).
Berikut ini adalah tokoh – tokoh pemeran dalam Nintama Rantarou :
Ø Ichinen – Hagumi ( Tahun 1 Kelas Hagumi )
Nama | Keterangan |
Rantarou | Rantarou Inadera Rantarou merupakan tokoh utama dalam film anime ini. Dia merupakan anak dari ninja yang miskin dan telah nekad dengan memasuki Sekolah Ninja. Tetapi, walaupun telah berazam tekad, dia tampak humoris dengan lawaknya bersama rekannya Kirimaru dan Shinbei di dalam kelas, meskipun dia memiliki watak yang paling bertanggung jawab di antara mereka bertiga. Penglihatannya tidak bagus tetapi langkah kakinya amat laju. Dia juga merupakan ahli jawatan kuasa keselamatan. |
Kirimaru | Kirimaru Settsuno Kirimaru sangat bergairah dengan uang. Dia bahkan bisa mendengar bunyi uang 5 yen yang jatuh ke tanah walaupun 100 meter jauhnya. Dia juga sering melakukan kerja sambilan yang kadang - kala lebih banyak dari yang mampu dilakukannya. Dia sering mendapat kelas yang teruk, dan apabila dia tidak bisa mendapatkan uang, dia akan membuat lawakan bodoh. Dia juga merupakan ahli jawatan kuasa perpustakaan. |
Shinbei | Shinbei Fukutomi Shinbei adalah anak dari saudagar kaya. Dia pendek, tembam, dan hingusnya sering mengalir sehingga bisa ditarik panjang. Apabila dia tidak mencuci rambut, rambutnya akan tegak berdiri seperti duri landak dan amat tajam seperti senjata. Dia amatlah lembap, cuai, dan tak berguna dalam semua perkara kecuali makan. Dia juga ada kalanya serius dalam hal keluarganya. Dia merupakan ahli jawatan kuasa peralatan bersama Kisanta. |
Kisanta | Kisanta Yamamura Kisanta merupakan pelajar pertama dari 2 orang pelajar yang pindah ke kelas itu. Wataknya paling dapat dibedakan di antara rekan sekelasnya karena minatnya dengan lintah bulan. Dia mempunyai puluhan atau mungkin ratusan lintah bulan yang disimpannya sebagai binatang peliharaan yang turut mempunyai nama. Dia adalah pewaris ninja Puma, tetapi tidak bersekolah di Puma kerana lintah bulannya suka makan sisa masakan pemilik kantin. |
Isuke | Isuke Ninokuruwa Isuke adalah orang yang amat prihatin akan kebersihan sehingga dia mampu membersihkan kelas sebersih - bersihnya seorang diri. Keluarganya mempunyai perniagaan kain yang menyebabkan dia turut meminati cara baru untuk pewarnaan pakaian ninja. |
Heidayuu | Heidayuu Sasayama Heidayuu amat meminati perangkap sehingga ia mempunyai berbagai perangkap dalam biliknya sendiri yang berakhir di kolam yaitu tempat Pengetua dan Hemuhemu mandi. Dia mempunyai cita - cita untuk menjadi cikgu di sekolah ninja. Dia merupakan ahli jawatan kuasa moral. |
Ø Kunoichi Sannigumi ( Trio Wanita Kelas Kunoichi )
Nama | Keterangan |
Yuki | Yuki merupakan ketua bagi 3 kawanan di kalangan perempuan dan amat handal. Yuki mempunyai rambut merah dan lincah serta bijak, pantang dicabar dan dipuji. Dia juga suka memperlihatkan kepandaiannya. Dia sering bertengkar dengan Tomomi walaupun mereka kawan baik. Seperti Tomomi, dia juga suka memperbesarkan perkara - perkara kecil. |
Tomomi | Tomomi merupakan rekan karib Yuki dan hampir selincah Yuki dan berjiwa kental. Tomomi yang berambut hitam sama liciknya dengan pelajar perempuan lain, lebih - lebih lagi dalam mengalahkan pelajar lelaki kelas Hagumi. |
Shige | Shige merupakan kekasih Shinbei yang sering mengelap hingusnya apabila berjumpa. Shige adalah pelajar yang manja, walaupun lebih pintar dari pelajar lelaki kelas Hagumi, dia masih agak ketinggalan dibanding palajar Kunoichi yang lain. Dia sering menjadi perantara dari pertengkaran antara Yuki dan Tomomi. |
No comments:
Post a Comment